Blog asyik tertangguh
Nak tulis artikel pun kena cari idea, buat rangka, semak fakta dan edit. Kalau tunggu masa lapang, memang boleh tertangguh lama.
CONTENT AUTOMATION UNTUK BISNES
Kita tahu content penting. Blog kena update, Facebook kena post, Instagram dan Threads pun nak kena jaga. Tapi bila sibuk urus pelanggan dan operasi, semua itu mudah tertangguh. Onesty bantu setup sistem AI yang urus kerja content berulang, supaya anda tak perlu fikir semuanya dari kosong setiap kali.
Biasa Berlaku Dalam Bisnes
Pagi urus staf, tengah hari layan pelanggan, petang selesaikan kerja tertangguh. Tahu-tahu dah seminggu tak update blog atau media sosial. Bukan sebab tak penting, tapi banyak benda lain perlu didahulukan.
Nak tulis artikel pun kena cari idea, buat rangka, semak fakta dan edit. Kalau tunggu masa lapang, memang boleh tertangguh lama.
Bila nak post, baru mula fikir tajuk dan caption. Akhirnya guna ayat sama atau terus tak post.
Soalan pelanggan berubah, servis pun berkembang. Content lama perlu disemak supaya maklumat di website dan media sosial masih tepat.
Macam Mana Onesty Boleh Bantu
Kami bantu susun prosesnya dari awal: apa nak ditulis, di mana nak disiarkan, bila nak disediakan dan bahagian mana yang masih perlukan semakan anda.
Sediakan idea dan draf artikel berdasarkan servis, pelanggan dan soalan yang selalu ditanya. Kandungan boleh dirancang supaya menyokong usaha SEO, AEO dan GEO.
Bukan sekadar masukkan keyword. Kita susun kandungan supaya menjawab soalan sebenar pelanggan dan masukkan maklumat lokasi apabila ia berkaitan.
Daripada satu topik, sediakan draf berbeza untuk Facebook, Instagram dan Threads. Anda tak perlu mula menulis dari kosong untuk setiap platform.
Kami bantu setup aliran kerja ikut keperluan bisnes. Kandungan boleh disediakan untuk semakan atau diterbitkan secara automatik jika platform dan integrasi membenarkannya.
Cara Kerja
Kami mulakan dengan memahami bisnes dan gaya komunikasi anda, kemudian setup workflow AI yang sesuai. Anda boleh semak draf melalui Telegram sebelum kandungan diterbitkan, bergantung pada integrasi platform yang tersedia.

Anda masih pegang kawalan. AI bantu sediakan content, anda tentukan apa yang diluluskan.
Bincang Workflow Bisnes Saya →Satu workflow, lebih tersusun
Lihat bagaimana sistem ini bergerak. Pilih setiap langkah untuk lihat apa yang berlaku di belakang tabir.
Onesty tetapkan fokus dan matlamat content supaya AI menghasilkan draf yang relevan serta konsisten dengan keperluan bisnes.
Penerbitan automatik tertakluk pada akses akaun, kelulusan client dan integrasi/API yang disokong oleh setiap platform.
Pakej Content Automation
Onesty setup sistem berdasarkan maklumat bisnes, produk, pelanggan sasaran dan gaya bahasa anda. AI sediakan draf untuk blog, Facebook, Instagram dan Threads. Anda semak serta approve melalui Telegram sebelum content diterbitkan.
Untuk SME yang mahu mula konsisten tanpa perlu menulis semua content sendiri.
Untuk bisnes yang mahu content lebih aktif dan perancangan pemasaran yang lebih tersusun.
Untuk bisnes yang mahu Onesty setup asas sistem AI Content Automation khusus untuk mereka.
Pakej bulanan merangkumi operasi mengikut had content yang dinyatakan. Bundle ialah caj setup sekali bayar dan tidak termasuk kos operasi bulanan, penggunaan AI/API, hosting atau langganan pihak ketiga. Penerbitan automatik bergantung pada akses akaun, kelulusan dan integrasi/API yang disokong. Jumlah content merujuk kepada artikel blog dan adaptasi sosial dalam skop pakej.
Sesuai Untuk
Soalan Lazim
AI boleh bantu banyak kerja, tapi bukan bermaksud semua benda terus disiarkan tanpa diperiksa. Kita tetapkan proses yang praktikal untuk bisnes anda.
Bergantung pada platform dan akses yang ada. Kita boleh setup untuk sediakan draf, minta anda semak atau auto-publish jika integrasi itu menyokongnya. Ada platform yang masih perlukan langkah manual.
Tak ada siapa boleh jamin kedudukan Google atau jawapan AI. Kita boleh pastikan content disusun dengan baik, relevan dan menjawab soalan pelanggan, kemudian tambah baik dari semasa ke semasa.
Kita tetapkan gaya bahasa berdasarkan bisnes anda dan semak draf sebelum disiarkan. Matlamatnya supaya content kedengaran natural dan tepat, bukan sekadar salin bulat-bulat hasil AI.
Bergantung pada cara sistem dibina. Kalau perlukan tools berbayar atau API, kami terangkan kosnya awal-awal supaya anda boleh buat keputusan sebelum mula.
Boleh. Kita akan tengok berapa jenama dan saluran yang terlibat, kemudian susun skop serta harga yang sesuai.
Bincang Dulu, Baru Setup
Ceritakan cara anda urus content sekarang. Kita tengok bahagian mana yang boleh dipermudahkan dengan AI.
Hubungi Onesty di WhatsApp →