Dari jenama baharu kepada peneraju kategori
Sebuah jenama bermula dengan cita-cita menjadi nombor satu di Malaysia. Strategi disusun secara berfasa, bermula dengan satu produk yang ada USP jelas dan prestasi yang meyakinkan.
Dah keluar duit untuk marketing, dah cuba macam-macam cara, tapi jualan masih tak konsisten? Onesty bukan sekadar beri idea atas kertas. Kami bantu cari punca sebenar, susun strategi, kemudian siapkan servis dan tools yang diperlukan untuk melaksanakannya.
Tandakan semua yang berkaitan.
Tanpa hala tuju dan keutamaan yang jelas, setiap keputusan terasa macam cuba nasib. Bisnes terus sibuk, tapi susah nak membesar.
Susah nak rancang cash flow, stok, pengambilan staf dan sasaran bila hasil bulanan turun naik.
Masa dan duit habis pada pelbagai aktiviti, tapi tak jelas mana satu patut diutamakan.
Keputusan, follow-up dan operasi bergantung pada seorang, jadi bisnes tak boleh berkembang lebih jauh.
Strategic Growth Partner menggabungkan pemikiran strategik dengan pelaksanaan sebenar. Kami kenal pasti apa yang menghalang growth, tentukan keutamaan, kemudian sediakan servis dan tools supaya strategi bergerak dari perancangan kepada tindakan.
Onesty boleh membimbing team anda melaksanakan strategi, atau terus menyediakan tools yang belum ada. Pilih ikut kemampuan team dan sasaran bisnes.
Tak perlu pening fikir nak buat iklan di mana, influencer mana yang sesuai, atau macam mana nak dapat liputan blogger, radio dan TV. Kami rancang channel ikut matlamat dan bajet, kemudian selaraskan pelaksanaannya.
Susun keutamaan channel dan kempen iklan berdasarkan sasaran bisnes.
Rancang kolaborasi dengan influencer dan creator di TikTok, Instagram dan platform lain.
Kenal pasti peluang liputan melalui blogger dan platform digital yang bersesuaian.
Rancang peluang publisiti melalui radio, TV dan media lain bila sesuai.
Satukan semua aktiviti marketing dalam satu pelan tindakan yang selari dengan matlamat growth.
Onesty selaraskan atau sediakan sendiri pelaksanaan yang dipersetujui bersama anda.
Kos iklan, bayaran influencer, yuran blogger, produksi dan pembelian media tidak termasuk melainkan dinyatakan dalam sebut harga.
Masing-masing ada peranan. Bezanya, kami melihat keseluruhan bisnes, tentukan keutamaan, kemudian boleh siapkan servis dan tools yang relevan. Owner tak dibiarkan melaksanakan semuanya seorang diri.
| Aspek | Kelas / kursus | Servis khusus (cth. iklan, website) | Strategic Growth Partner Onesty |
|---|---|---|---|
| Fokus utama | Memberi ilmu, kaedah atau kemahiran untuk dipelajari. | Menyiapkan tugasan atau mengurus satu saluran tertentu. | Melihat keseluruhan perjalanan growth dan menghubungkan strategi kepada pelaksanaan sebenar. |
| Hubungan antara aktiviti | Ilmu bergantung pada cara ia diaplikasikan. | Terhad kepada satu saluran atau deliverable. | Menyelaraskan tawaran, pemasaran, website, jualan dan automasi, kemudian bantu siapkan bahagian yang perlu. |
| Ikut keadaan bisnes | Kandungan disusun untuk kumpulan peserta. | Skop tertumpu pada servis yang dibeli. | Cadangan disusun ikut matlamat, cabaran, pelanggan dan kapasiti bisnes anda. |
| Pelaksanaan | Owner atau team laksanakan sendiri. | Penyedia laksanakan skop khusus. | Onesty boleh siapkan website, iklan atau automasi yang dipersetujui, bukan sekadar serah cadangan. |
| Penambahbaikan | Peserta uji dan nilai sendiri selepas kelas. | Semakan berkaitan KPI servis tersebut. | Semak prestasi dan perbaiki servis, kempen atau tools yang dilaksanakan. |
| Sesuai untuk | Owner yang mahu belajar kemahiran tertentu. | Bisnes yang sudah jelas apa yang diperlukan. | Owner yang mahu hala tuju jelas dan bantuan merentas beberapa bahagian bisnes. |
Perbandingan umum. Skop dan tahap sokongan sebenar bergantung pada penyedia dan persetujuan kerjasama.
Setiap keputusan berasaskan data dan keutamaan, bukan dibuat secara rawak.
Kami fahami model bisnes, sasaran, cabaran semasa dan matlamat owner.
Kenal pasti bottleneck, keutamaan dan peluang yang wajar diuji atau diperbaiki.
Anda terima pelan tindakan dan skop kerja. Onesty juga boleh setup servis dan tools yang dipersetujui.
Kami laksanakan kerja, semak prestasi dan kenal pasti penambahbaikan seterusnya.
Contoh pengalaman merentasi kategori bisnes. Nama pelanggan dirahsiakan.
Sebuah jenama bermula dengan cita-cita menjadi nombor satu di Malaysia. Strategi disusun secara berfasa, bermula dengan satu produk yang ada USP jelas dan prestasi yang meyakinkan.
Sebuah klinik mengambil alih operasi klinik lama dan melalui proses penjenamaan semula. Cabarannya ialah menyusun hala tuju dan membina tawaran yang dekat dengan keperluan komuniti setempat.
Seorang chefpreneur mahu berkongsi ilmu dan membantu pemilik restoran lain. Strategi disusun supaya kepakaran beliau berkembang melangkaui operasi restoran.
Hasil dipengaruhi pelbagai faktor termasuk produk, team, pelaksanaan dan keadaan pasaran. Setiap bisnes berbeza.
Beliau bantu kenal pasti halangan growth, tetapkan keutamaan dan bimbing pelaksanaan. Bukan setakat beri nasihat. Melalui Onesty, strategi yang dipersetujui terus diterjemahkan kepada servis dan tools.
Pengalaman beliau merangkumi digital marketing, konsultasi, e-commerce serta bisnes lokaliti dan premis, dari peringkat awal hingga fasa pengembangan.
Sebagai usahawan OKU dengan kecacatan fizikal pada bahagian kaki, Raja Safuan faham bahawa membina bisnes datang dengan cabaran tersendiri. Pengalaman itu membentuk pendekatan yang praktikal dan fokus pada tindakan.
"Strategi hanya bermakna apabila ia dilaksanakan."
Rekod di bawah menunjukkan strategi yang diuji sendiri dalam jualan, kepimpinan dan bisnes sebenar, bukan sekadar teori.








Buku yang membantu usahawan memahami cara membina hubungan dengan pelanggan melalui internet, prinsip yang sama yang Onesty gunakan dalam WhatsApp automation dan follow-up hari ini.
Gelaran yang diberi oleh sebahagian mereka yang mengenali perjalanan beliau. Ada banyak lagi cerita yang beliau lebih senang kongsi secara bersemuka, terutamanya bila berkait dengan cabaran bisnes anda.
Raja Safuan bersama tokoh, usahawan, pemilik bisnes dan rakan industri di Malaysia dan Singapura.




































































Perjalanan Raja Safuan dalam pemasaran internet, keusahawanan dan membina syarikat pernah mendapat perhatian penerbitan Malaysia.






Pilih tahap sokongan yang sesuai dengan keadaan team dan keperluan bisnes anda.
Kuota dikira ikut jenis bisnes, bukan bilangan owner. Jika seorang owner ada tiga jenis bisnes dan mahu ambil pakej untuk ketiga-tiganya, ia menggunakan tiga daripada 10 slot. Kami hadkan supaya setiap bisnes mendapat perhatian penuh.
Untuk owner yang sudah ada team, dan perlukan hala tuju, bimbingan serta sokongan teknikal.
Harga istimewa. Harga asal RM9,900 sebulan.
Untuk bisnes yang perlukan skop khusus seperti influencer, content coverage atau perancangan media.
Ala carte. Pilih servis yang anda perlukan sahaja.
Harga tidak termasuk belanja iklan, langganan perisian atau caj pihak ketiga melainkan dinyatakan dalam sebut harga. Skop akhir, tempoh dan deliverables disahkan secara bertulis sebelum kerja bermula.
Ceritakan tentang bisnes, sasaran dan perkara yang paling menghalang growth sekarang.
Kita bincang keutamaan, skop yang diperlukan dan bentuk kerjasama yang sesuai.
Onesty sediakan skop dan sebut harga berdasarkan perbincangan dan persetujuan bersama.
Jenama dan organisasi yang pernah mendapat sentuhan strategi Onesty & Raja Safuan











Soalan paling kerap ditanya owner bisnes sebelum bekerjasama dengan growth partner.
Jumpa Raja Safuan di Onesty.my. Langkah pertama ialah semak lima perkara: tawaran, pelanggan sasaran, sumber leads, kadar closing dan follow-up. Kemudian tentukan satu atau dua keutamaan supaya bajet dan tenaga anda tertumpu pada perkara yang paling memberi kesan.
Growth partner seperti Raja Safuan di Onesty.my sesuai jika anda perlukan seseorang yang menilai keseluruhan bisnes dan menyusun strategi. Jika masalah anda sudah jelas dan khusus, contohnya hanya perlukan website, agensi pakar bidang itu mungkin lebih sesuai.
Lihat pakej kerjasamaMulakan dengan mencari punca sebenar. Ia mungkin berpunca daripada tawaran, kualiti leads, conversion atau susulan pelanggan. Strategic Growth Partner di Onesty.my membantu mengenal pasti punca itu dahulu, barulah pilih website, iklan atau automasi.
Mentor berkongsi pengalaman dan nasihat. Agensi melaksanakan satu bidang khusus seperti iklan atau website. Growth partner menilai keseluruhan bisnes, menyusun keutamaan dan membantu melaksanakan langkah yang dipersetujui.
Apabila sales naik turun, marketing sudah dibuat tetapi hasil masih kurang, atau anda tak pasti sama ada patut fokus pada website, iklan atau sistem dahulu.
Sangat sesuai. Bisnes kecil ada bajet dan tenaga yang terhad, jadi lebih perlu fokus pada langkah yang paling berkesan. Strategi membantu anda tentukan langkah itu.
Tidak. Hasil bergantung pada banyak faktor seperti tawaran, pasaran, harga, operasi dan pelaksanaan. Fokus kami ialah menyusun strategi, mengenal pasti peluang dan memperbaiki proses berdasarkan data yang ada.
Tidak. Cadangan dibuat mengikut cabaran dan keutamaan bisnes. Website, iklan atau automasi hanya dicadangkan bila memang relevan.
Pakej Strategic Guidance RM3,700 sebulan (harga asal RM9,900 sebulan). Pakej Custom disebut harga ikut keperluan.
Kesesuaian bergantung pada matlamat, cabaran dan kesediaan untuk melaksanakan perubahan. Perbincangan awal membantu kita sama-sama tentukan sama ada kerjasama ini sesuai.
Tidak. Skop boleh meliputi strategi dan pelan tindakan, serta pelaksanaan servis seperti website, iklan dan automasi jika dipersetujui.
Jika ada, sediakan gambaran jualan, pelanggan sasaran, aktiviti marketing semasa dan cabaran utama. Tak perlu dokumen lengkap untuk perbincangan pertama.
Jangan terus salahkan iklan. Semak jumlah pertanyaan, kualiti prospek, kadar balas, kadar closing, nilai transaksi dan pembelian berulang. Data ini menunjukkan sama ada masalah berlaku pada acquisition, conversion atau retention.
Lihat trend jualan, sumber pelanggan, produk yang menyumbang hasil dan kapasiti operasi. Kemudian tetapkan keutamaan dan pelan tindakan yang boleh diukur, bukan tambah semua aktiviti serentak.
Ya, jika anda perlukan hala tuju, keutamaan dan penyelarasan antara marketing, sales dan operasi. Peranan akan diselaraskan dengan team sedia ada supaya tidak bertindih.
Model bisnes, tawaran, pelanggan sasaran, saluran acquisition, proses conversion, data jualan, operasi dan sasaran. Maklumat yang ada digunakan untuk menentukan isu utama dan langkah seterusnya.
Ceritakan apa yang sedang berlaku. Kita bincang cabaran, keutamaan dan sama ada Strategic Growth Partner sesuai untuk anda.