Website Development · Malaysia

Berapa Lama Lagi Anda Nak Bergantung Pada Platform Orang Lain?

Pelanggan masih sukar menemui bisnes anda di Google? Jualan pula bergantung pada TikTok Shop atau Shopee, sedangkan fees dan persaingan harga boleh menekan margin? Anda perlukan lebih daripada sekadar website. Anda perlukan platform sendiri untuk membina kepercayaan, memudahkan pelanggan mencari bisnes anda dan membuka lebih banyak peluang jualan.

✓ Mesra mobile✓ Asas on-page SEO✓ CTA WhatsApp & borang pertanyaan
Servis Tentang Hubungi
Grow Your Business Online.

Website yang meyakinkan pelanggan dan menyokong pertumbuhan bisnes anda.

Hubungi Kami ↗
Own your channel.Website milik bisnes anda
↗ Saluran jualan sendiri
◎ Imej corporate profesional
⌕ Asas SEO untuk Google
▣ Direka untuk mobile
Kenapa website sendiri?

Jangan biarkan keseluruhan bisnes bergantung pada satu platform.

Marketplace dan media sosial masih berguna. Website sendiri memberi bisnes satu lagi aset digital yang anda boleh bangunkan mengikut strategi, jenama dan keperluan pelanggan.

↗

Kurangkan kebergantungan pada platform

Fees, persaingan harga dan perubahan polisi di marketplace boleh menekan margin. Website sendiri memberi satu lagi saluran untuk pelanggan membeli atau menghubungi anda.

✦

Bina imej syarikat lebih dipercayai

Paparkan servis, profil syarikat, portfolio, testimoni dan maklumat hubungan dalam satu tempat yang kemas dan konsisten dengan jenama anda.

⌕

Buka peluang ditemui di Google

Website yang mempunyai struktur dan kandungan relevan boleh membantu pelanggan mencari servis atau produk anda melalui carian organik.

Servis website Onesty

Pilih website mengikut matlamat bisnes.

Bukan semua bisnes perlukan website yang sama. Kami susun skop berdasarkan apa yang anda mahu capai.

▤

Website E-Commerce

Untuk bisnes yang mahu menjual produk melalui kedai online sendiri, memaparkan katalog, mengurus checkout dan menyediakan integrasi pembayaran yang dipersetujui.

  • ✓ Katalog produk & kategori
  • ✓ Cart, checkout & gateway
  • ✓ Asas SEO produk dan kategori
▦

Corporate Website

Untuk SME dan syarikat yang mahu memperkenalkan organisasi, membina kredibiliti dan memudahkan prospek memahami servis yang ditawarkan.

  • ✓ Profil syarikat & servis
  • ✓ Portfolio, projek & testimoni
  • ✓ Borang pertanyaan dan CTA
◩

Landing Page

Untuk kempen iklan, produk atau servis tertentu yang memerlukan mesej jelas, CTA yang menonjol dan perjalanan pelanggan yang lebih fokus.

  • ✓ Fokus pada satu tawaran
  • ✓ Copy dan CTA tersusun
  • ✓ Borang lead atau WhatsApp
SEO On-Page

Website bukan sekadar cantik. Ia perlu mudah difahami oleh pelanggan dan search engine.

Setiap website dibina dengan asas SEO on-page yang relevan mengikut skop pakej. SEO membantu enjin carian memahami kandungan, tetapi tidak menjamin ranking tertentu.

  • ✓Keyword relevan: kandungan disusun mengikut servis, produk dan niat carian pelanggan.
  • ✓Meta title & description: ditulis mengikut halaman dan topik utama.
  • ✓Struktur heading: penggunaan H1, H2 dan H3 yang tersusun.
  • ✓URL dan internal links: struktur yang mudah difahami dan dilayari.
  • ✓Mobile-friendly: paparan responsif dan pengalaman penggunaan yang jelas.
  • ✓Indexing setup: bantuan setup asas Google Search Console mengikut pakej.
SEO foundation

Asas yang dibina dari awal

SEO bukan memasukkan keyword sebanyak mungkin. Kandungan mesti menjawab keperluan pencari dan mempunyai struktur yang konsisten.

H1
Heading

Susunan topik halaman

Aa
Metadata

Tajuk dan snippet carian

↗
Internal links

Hubungan antara halaman

▣
Mobile UX

Paparan dan navigasi mudah

Portfolio website

Antara projek website yang pernah dibangunkan.

Tekan mana-mana thumbnail untuk melihat screenshot website dengan lebih jelas. Paparan penuh boleh discroll untuk melihat keseluruhan halaman.

Pakej & harga

Pilih pakej yang sesuai dengan tahap bisnes anda.

Harga permulaan yang jelas supaya anda boleh merancang bajet. Skop akhir akan disahkan selepas perbincangan ringkas.

Landing Page

Untuk kempen iklan, produk atau servis yang perlukan satu halaman fokus pada tindakan.

3 pilihan pakej

Landing Starter

RM800
Harga permulaan · sekali bayar

Landing page ringkas untuk memperkenalkan satu tawaran dan mendapatkan pertanyaan.

  • 1 landing page sehingga 6 seksyen
  • Reka bentuk mesra mobile
  • Susunan kandungan dan CTA
  • Butang WhatsApp dengan mesej awal
  • Borang lead asas
  • Asas SEO teknikal dan metadata
  • 2 pusingan pindaan
Pilih Starter ↗

Landing Pro

RM2,500
Harga permulaan · sekali bayar

Untuk kempen yang memerlukan perjalanan pelanggan dan asas tracking conversion yang lebih teratur.

  • Semua dalam Landing Growth
  • Perancangan customer journey
  • Integrasi video jika disediakan
  • Thank-you page atau status selepas hantar borang
  • Setup asas event tracking
  • Meta Pixel atau Google Ads conversion tracking
  • Semakan paparan mobile dan performance asas
  • 3 pusingan pindaan
Pilih Landing Pro ↗

Nota: Kos iklan tidak termasuk. Integrasi tracking bergantung pada akses akaun dan sokongan platform. Domain, hosting, plugin berbayar dan perkhidmatan pihak ketiga tidak termasuk melainkan dinyatakan dalam sebut harga.

Corporate Website

Untuk syarikat yang mahu membina kredibiliti, memperkenalkan servis dan menerima pertanyaan.

3 pilihan pakej

Corporate Starter

RM1,500
Harga permulaan · sekali bayar

Website syarikat yang kemas untuk memperkenalkan bisnes dan servis utama.

  • Sehingga 5 halaman
  • Reka bentuk berasaskan template
  • Responsive desktop, tablet dan mobile
  • Borang pertanyaan dan CTA WhatsApp
  • Meta title dan description asas
  • Asas Google indexing
  • Panduan penggunaan asas
Pilih Corporate Starter ↗
Untuk corporate

Corporate Pro

RM5,500
Harga permulaan · sekali bayar

Untuk syarikat yang memerlukan struktur kandungan lebih luas dan penampilan yang lebih menyeluruh.

  • Sehingga 15 halaman
  • Reka bentuk custom
  • Bantuan kandungan/copywriting
  • Portfolio, projek dan case study
  • Borang CTA dan pertanyaan
  • Asas on-page SEO
  • Setup Analytics, Search Console dan backup asas
  • Latihan pengurusan website
Pilih Corporate Pro ↗

Halaman tambahan, copywriting penuh, fotografi, bahasa tambahan, fungsi booking/member, plugin premium dan kerja integrasi khas akan dinilai secara berasingan.

E-Commerce Website

Untuk membina kedai online sendiri dan menambah saluran jualan selain marketplace.

3 pilihan pakej

Store Starter

RM2,500
Harga permulaan · sekali bayar

Untuk katalog produk asas dan proses pesanan online.

  • Sehingga 20 produk dimasukkan
  • Reka bentuk berasaskan template
  • Kategori dan variasi produk asas
  • Cart dan checkout
  • 1 payment gateway yang dipersetujui
  • Setup penghantaran asas
  • Mobile-friendly dan asas SEO
  • Panduan penggunaan
Pilih Store Starter ↗

Store Pro

RM7,500
Harga permulaan · sekali bayar

Untuk operasi e-commerce yang memerlukan katalog lebih besar dan konfigurasi tambahan.

  • Sehingga 150 produk dimasukkan
  • Reka bentuk custom
  • Variasi produk dan inventori
  • Cart, checkout dan payment gateway
  • Kupon dan promosi asas
  • Analytics dan Search Console
  • Asas on-page SEO
  • Backup asas dan latihan
Pilih Store Pro ↗

Caj transaksi payment gateway, langganan aplikasi pihak ketiga, courier API, import data kompleks, fungsi custom dan kerja integrasi tambahan tidak termasuk. Pemilihan gateway dan kelayakan fungsi tertakluk kepada penyedia yang dipilih.

Cara kerja

Daripada perbincangan hingga website sedia digunakan.

Skop dan tempoh projek ditentukan berdasarkan kandungan, fungsi serta kelengkapan bahan daripada pihak pelanggan.

Fahami matlamat

Kami bincang sasaran pelanggan, servis atau produk dan tindakan yang mahu dicapai.

Susun struktur

Rancang halaman, kandungan, CTA dan keperluan teknikal berdasarkan pakej.

Design & build

Bangunkan website responsif, semak kandungan dan buat pindaan mengikut skop.

Semak & launch

Uji paparan, borang dan pautan sebelum website diterbitkan.

Soalan lazim

Apa yang anda perlu tahu sebelum bina website?

Berapa harga untuk buat website di Malaysia?

Harga bergantung pada jenis website, jumlah halaman, fungsi dan integrasi. Pakej cadangan Onesty bermula RM800 untuk landing page, RM1,500 untuk website corporate asas dan RM2,500 untuk website e-commerce. Harga akhir disahkan selepas skop projek dipersetujui.

Adakah saya perlu berhenti menggunakan Shopee atau TikTok Shop?

Tidak semestinya. Website sendiri boleh melengkapkan marketplace dengan menyediakan satu lagi saluran jualan, ruang membina jenama dan peluang mengurus hubungan pelanggan melalui saluran yang sesuai. Yuran dan peraturan setiap platform tetap tertakluk pada polisi semasa mereka.

Adakah website akan terus berada di halaman pertama Google?

Tiada penyedia boleh menjamin ranking tertentu. Onesty membina asas on-page SEO seperti struktur heading, metadata, URL, kandungan dan internal links. Ranking sebenar bergantung pada persaingan, kualiti kandungan, teknikal website dan banyak faktor lain.

Adakah domain dan hosting termasuk dalam harga pakej?

Domain, hosting, plugin premium, caj gateway pembayaran dan langganan pihak ketiga perlu disahkan dalam sebut harga sebelum projek bermula. Kos pembaharuan tahunan boleh berbeza mengikut penyedia.

Adakah website mesra telefon?

Ya. Website direka dengan paparan responsif untuk desktop, tablet dan telefon. Fungsi khas atau integrasi tambahan akan dinilai mengikut skop projek.

Berapa lama masa untuk menyiapkan website?

Tempoh bergantung pada jenis website, bilangan halaman, fungsi, kelengkapan bahan dan kelajuan maklum balas. Timeline akan dicadangkan selepas skop dan bahan projek disahkan.

Bolehkah saya minta fungsi atau integrasi tambahan?

Boleh. Fungsi seperti booking, membership, automasi, CRM, integrasi courier, sistem inventori khas atau integrasi API akan dinilai dan diberi sebut harga berasingan jika tidak termasuk dalam pakej.

Hubungi Onesty

Hubungi Hotline

011-1759 7868

☏ WhatsApp Onesty